Wednesday, January 25, 2017

Strawberry Cheesecake


Strawberry Cheesecake

Dasar Biskut
150gm biskut digestive / Oreo - dihancurkan
70gm mentega cair

Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk.

Puri Strawberry 
200gm strawberry - potong
50gm gula pasir
Sedikit air

Satukan semua ke dalam periuk dan masak hingga strawberry lembut.  Biarkan sejuk, kisar tetapi tidak terlalu halus.

Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air

Loyang 7" Loose Base Tin

Cara-cara :
 Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.
 Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan puri strawberry, putar hingga bergaul rata.
Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
Tuang ke atas dasar biskut, simpan sebentar lebih kurang 20 minit di dalam peti sejuk hingga permukaannya set.
Keluarkan dari peti sejuk dan tuang lapisan atas.  Simpan dalam peti sejuk sehingga beku.

Lapisan Atas
100gm strawberry segar
1 sudu besar gula
1 sudu besar gelatin
3 sudu besar air

Penyediaan :
Tabur gelatin di dalam bekas berisi air.   Larutkan secara double boiler.
Masak strawberry bersama air dan gula hingga lembut.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.  Tapis.
Tuang larutan gelatin dan gaul rata.
Biarkan suam sedikit sebelum di tuang ke atas lapisan cheesecake.
Hias dengan hirisan strawberry.

Untuk memotong cheesecake, panaskan pisau di atas api dan potong.

Strawberry Cheesecake

Monday, January 16, 2017

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese


Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Karamel
5 sudu besar gula pasir, jadikan karamel, tuang ke dalam loyang, ketepikan.

Bahan Kek Chocolate
250gm chocolate sponge mix
4 biji telur A
60ml air
60ml minyak sayur
1 sudu besar coklat emulco

Loyang :  Bundt Pan 10in, oles sedikit minyak

Penyediaan :
Satukan sponge mix, telur dan air, whisk hingga rata.  Putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu, perlahankan mixer, masukkan coklat emulco.  Putar hingga bergaul rata.
Akhir sekali masukkan minyak sayur dan putar sebati.
Tuang dan ratakan ke dalam loyang berisi karamel.  Ketepikan.

Nota :  Kek boleh menggunakan sebarang resipi dari kek sponge.

Bahan Puding Cheese
250gm cream cheese, lembutkan dahulu
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat
5 biji telur A
1 sudu teh esen vanila

Penyediaan :
  1. Dalam mangkuk, putar cream cheese hingga licin.  Masukkan susu pekat manis, putar sebati.
  2. Masukkan telur satu demi satu dan putar hingga rata.
  3. Masukkan esen vanila dan akhir sekali susu sejat.  Putar sebentar hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam jug kecil, menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-perlahan adunan puding ke atas adunan kek, tuang sama rata di semua bahagian.  Adunan puding akan turun ke bawah.
  5. Panaskan oven pada suhu 160C.  Masukkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar.
  6. Letak loyang berisi kek dan bakar secara double boil di rak bawah dengan api bawah sahaja selama 40 minit.
  7. Kemudian tukar api atas dan bawah dan bakar selama 15 minit lagi.  Cucuk bahagian kek, jika penyucuk keluar licin, kek telah masak.
  8. Simpan kek di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sehingga puding set.
  9. Untuk mengeluarkan kek dari loyang, rendam sebentar loyang di dalam air panas, kemudian terbalikkan perlahan-lahan ke atas pingan.
    Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Monday, January 9, 2017

Nasi Goreng Cina


Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan
2 mangkuk nasi sejuk
4 sudu besar minyak masak
1 biji telur - kocok ringan
4 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, tumbuk
10 ekor isi udang
1/2 keping isi dada ayam - cincang
4 sudu besar sayur campur beku
2 kelopak sayur bok choy atau kobis - potong (jika suka)
1/2 kiub pati ayam - haluskan
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Cara Memasak
Panaskan minyak, masukkan bawang tumbuk. Tumis hingga naik bau.
Masukkan isi ayam, goreng hingga berubah warna.  Masukkan pula udang, goreng hingga udang kemerahan.
Selepas itu, masukkan telur, biar sebentar hingga telur hampir masak kemudian gaul sekata bersama bahan-bahan tadi.
Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sekata.
Akhir sekali masukkan sayur campur beku, bok choy dan perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan secubit garam, gaul dan goreng hingga rata.
Hidang ketika masih panas.

Nasi Goreng Cina

Friday, January 6, 2017

Teh C Peng / 3 Layer Tea


Teh C Peng / 3 Layer Tea

Bahan-bahan
Sirap Gula Melaka
Ketulan Ais
Susu Sejat
Secubit Garam
Teh pekat
Gelas Tinggi

Penyediaan :
Letak sirap gula melaka di dasar gelas
Penuhkan gelas dengan ais
Tuang susu sejat yang di campur sedikit garam
Akhir sekali tuang teh pekat.
Ikut turutan untuk mendapatkan 3 lapisan teh.

Teh C Peng / 3 Layer Tea

Thursday, January 5, 2017

Kerabu Maggi Thai


Kerabu Maggi Thai

Bahan-bahan
3 paket Maggi Thai
6 ekor sotong - potong bulat
20 ekor udang
5 crab stick - jika suka (celur sebentar saja)

Bahan Hiris
5 biji cili padi
3 helai daun kobis
3 biji buah tomato
2 pokok daun ketumbar

Bahan Perasa
8 biji limau kasturi - ambil jus
1 paket perencah maggi
Kicap sotong secukupnya
Sedikit garam dan gula

Cara-cara
Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
Masukkan sotong dan udang, celur sebentar dan toskan.
Kemudian masukkan maggi ke dalam air rebusan tadi,  Celur hingga maggi lembut.

Angkat dan toskan.  Masukkan ke dalam mangkuk.

Gaul bersama bahan celur, bahan hiris, perencah maggi dan perasakan dengan jus limau, kicap sotong, gula dan garam secukupnya.  Gaul sebati.
Kerabu mesti ada rasa masam manis, masin dan pedas.  Perencah maggi agak pedas memadai menggunakan 1 paket perencah saja.

Kerabu Maggi Thai

Wednesday, January 4, 2017

Teh Laici O Ais / Lychee Tea


Teh Laici O Ais / Lychee Tea

Bahan
1 tin Laici
1 uncang teh
1 cawan air panas
Ais secukupnya

Masukkan uncang teh ke dalam air panas.  Biarkan sehingga sejuk.
Masukkan satu tin laici ke dalam jug, tambah ketulan ais secukupnya.
Akhir sekali tuang teh.
Kacau dan sedia di minum.

Teh Laici O Ais / Lychee Tea

Monday, January 2, 2017

Kiwi Lychee Punch Soda


Kiwi Lychee Punch Soda

Bahan
2 biji Kiwi - potong
1 tin Lychee - asingkan buahnya
1 botol Air Soda manis
Ais secukupnya

Cara :
Masukkan ais ke dalam gelas atau jug, buah kiwi dan lychee.
Tuang sirap lychee dan air soda, kacau dan sedia di minum.

Kiwi Lychee Punch Soda