Tuesday, January 9, 2018
Pulut Udang Panggang
Pulut Udang Panggang
Bahan-bahan
500 gm beras pulut (rendam 4 jam)
300 ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
Daun Pisang (20 keping) potong 6 x 6in, layur
lidi untuk mencucuk
Penyediaan :
Masak santan dan daun pandan hingga naik wap.
Angkat, keluarkan daun pandan, masukkan gula dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Kukus beras pulut selama 15 minit. Angkat dan gaul rata dengan santan tadi.
Kukus semula selama 15 minit.
Ambil 2 sudu besar pulut, leperkan di atas daun pisang.
Letak 1 sudu kecil inti udang di tengah dan bungkus rapi.
Semat hujungnya dengan lidi.
Panggang di atas bara api / kuali leper hingga daun pisang sedikit terbakar.
Bahan Inti Udang
80 gm udang kering, cuci, sangai dan kisar kering
120 gm kelapa parut, sangai (jangan terlalu perang)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula melaka yang diracik halus
Bahan Tumbuk / Kisar
1 batang serai, ambil bahagian putih
7 tangkai cili merah, buang biji
7 tangkai cili kering, buang biji
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas
1 sudu besar serbuk ketumbar
Penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan kelapa dan udang kering, kacau hingga bergaul rata.
Isikan ke dalam pulut panggang.
Pulut Udang Panggang
Labels:
Kuih Muih,
Pulut Udang Panggang
Wednesday, January 3, 2018
Nasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Cendawan
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk
1 mangkuk isi ayam cincang
1 paket cendawan butang segar, hiris
1 tangkai daun bawang, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil serbuk ayam KNORR
1 sudu besar marjerin
Sedikit minyak masak
Penyediaan :
Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan isi ayam dan cendawan. Kacau hingga isi ayam masak.
Masukkan kicap cair dan sos tiram, gaul rata.
Masukkan nasi dan serbuk ayam, kacau hingga rata.
Akhir sekali masukkan daun bawang.
Sedia di hidang.
Nasi Goreng Cendawan
Subscribe to:
Posts (Atom)