Resepi Terkini dan Terupdate
Kongsi Resepi Terkini dan Terupdate
Tuesday, January 9, 2018
Pulut Udang Panggang
Pulut Udang Panggang
Bahan-bahan
500 gm beras pulut (rendam 4 jam)
300 ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
Daun Pisang (20 keping) potong 6 x 6in, layur
lidi untuk mencucuk
Penyediaan :
Masak santan dan daun pandan hingga naik wap.
Angkat, keluarkan daun pandan, masukkan gula dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Kukus beras pulut selama 15 minit. Angkat dan gaul rata dengan santan tadi.
Kukus semula selama 15 minit.
Ambil 2 sudu besar pulut, leperkan di atas daun pisang.
Letak 1 sudu kecil inti udang di tengah dan bungkus rapi.
Semat hujungnya dengan lidi.
Panggang di atas bara api / kuali leper hingga daun pisang sedikit terbakar.
Bahan Inti Udang
80 gm udang kering, cuci, sangai dan kisar kering
120 gm kelapa parut, sangai (jangan terlalu perang)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula melaka yang diracik halus
Bahan Tumbuk / Kisar
1 batang serai, ambil bahagian putih
7 tangkai cili merah, buang biji
7 tangkai cili kering, buang biji
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas
1 sudu besar serbuk ketumbar
Penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan kelapa dan udang kering, kacau hingga bergaul rata.
Isikan ke dalam pulut panggang.
Pulut Udang Panggang
Labels:
Kuih Muih,
Pulut Udang Panggang
Wednesday, January 3, 2018
Nasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Cendawan
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk
1 mangkuk isi ayam cincang
1 paket cendawan butang segar, hiris
1 tangkai daun bawang, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil serbuk ayam KNORR
1 sudu besar marjerin
Sedikit minyak masak
Penyediaan :
Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan isi ayam dan cendawan. Kacau hingga isi ayam masak.
Masukkan kicap cair dan sos tiram, gaul rata.
Masukkan nasi dan serbuk ayam, kacau hingga rata.
Akhir sekali masukkan daun bawang.
Sedia di hidang.
Nasi Goreng Cendawan
Friday, December 29, 2017
Ikan Bakar Padang
Ikan Bakar Padang
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal atau 6 ekor Ikan Kembung
2 biji limau nipis
1 cawan santan pekat
Minyak untuk menumis
gula dan garam secukupnya
Bahan kisar
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 hiris halia
2 hiris kunyit
2 hiris lengkuas
2 batang serai
Penyediaan :
Cuci ikan, lumur dengan jus limau nipis dan garam, perap selama 15 minit.
Dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan santan dan reneh hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
Angkat, biarkan sejuk dan Lumur hingga rata pada ikan.
Bungkus dalam daun pisang dan panggang hingga masak.
Ikan Bakar Padang
Tuesday, December 26, 2017
Ayam Lolipop / Chicken Lolipop
Ayam Lolipop / Chicken Lolipop
Bahan-bahan
20 kepak ayam
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Bancuhan Tepung
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kari daging
Air secukupnya
Penyediaan :
Potong kepak ayam bahagian pangkalnya. Kikis isi ayam ke bahagian bawah.
Gaul bersama serbuk kari, cili, lada hitam, serbuk pati ayam dan garam hingga rata. Ketepikan,
Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan serbuk kari. Masukkan telur kacau rata.
Tuang air sedikit sedikit, kacau sehingga mendapat kepekatan seperti pancake.
Pegang tulang ayam dan celup bahagian bawahnya.
Goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidang bersama sos kegemaran sos cili, mayonis
Bahan Sos :
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato
(Campurkan semua bahan sos dan hidang bersama ayam)
Ayam Lolipop / Chicken Lolipop
Monday, December 25, 2017
Sukun Goreng Sambal Udang Kering
Sukun Goreng Sambal Udang Kering
Bahan-bahan
1 biji buah sukun, buang kulit dan potong jejari
- Rendam dalam air bercampur sedikit garam. Toskan.
Bancuhan tepung
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh kapur makan (pekat)
Air secukupnya
Bancuh kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Celup potongan sukun ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidang bersama sos kegemaran, sos cili atau kicap.
Sos / Sambal udang kering
2 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji buah tomato
1 sudu besar udang kering, cuci
1/2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis
Sedikit minyak
Penyediaan :
Panaskan sedikit minyak, goreng cili, tomato, bawang dan udang kering hingga layu.
Angkat dan tumbuk hingga lumat (boleh juga di kisar kasar)
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Enak di cicah bersama sukun goreng.
Sukun Goreng Sambal Udang Kering
Ayam Masam Manis Chinese Style
Ayam Masam Manis Chinese Style
Bahan-bahan
2 keping dada ayam, potong saiz makan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Gaul kesemua bahan hingga rata. Ketepikan
Bancuhan Tepung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh minyak masak
Air secukupnya
Satukan semua bahan dan bancuh hingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak terlalu pekat atau cair.
Celup isi ayam ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Bahan Sos Masam Manis
1 tin kecil pes tomato
2 sudu besar jem raspberry
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
1/2 cawan capsicum hijau, potong dadu
1/2 cawan capsicum merah, potong dadu
1/2 cawan capsicum kuning, potong dadu
1/2 cawan bawang besar, potong baji
1/2 cawan potongan nenas dadu
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air
1 sudu besar minyak
Penyediaan :
Dalam kuali non-stick, panaskan sedikit minyak, masukkan pes tomato, jem, gula, cuka dan air.
Masak hingga mendidih.
Masukkan potongan capsicum, nenas dan bawang besar. Masak 1 minit.
Kemudian masukan bancuhan tepung jagung, sesuaikan kepekatan kuah.
Akhir sekali masukkan isi ayam goreng, gaul rata.
Sedia di hidang.
Ayam Masam Manis Chinese Style
Saturday, December 23, 2017
Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish
Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap atau kerapu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan :
Bersihkan ikan dan keringkan di atas tisu dapur.
Menggunakan pisau tajam, kelar di kedua belah dari bahagian kepala ikan hingga ke ekor selari dengan tulangnya.
Biar tulang ikan berada di tengah.
Taburi dengan sedikit garam dan tepung jagung hingga rata.
Panaskan minyak yang banyak hingga tenggelam ikan dan letak ikan berdiri dengan kedudukan bentuk S di dalam kuali.
Goreng hingga garing, angkat dan letak di dalam pingan. Ketepikan.
Bahan Kuah
3 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 akar ketumbar
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos ikan
1/2 cawan air
1 sudu teh tepung jagung, bancuh sedikit air
5 tangkai cili padi, potong
1 tangkai daun bawang, hiris
1 tangkai daun ketumbar
garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan :
Tumbuk bawang merah, bawang putih, udang kering dan akar ketumbar hingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
Masukkan air, air asam jawa dan sos ikan. Reneh sebentar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, biar mendidih.
Angkat dan tuang ke atas ikan. Tabur daun bawang dan ketumbar, cili padi dan sedikit perahan jus limau nipis.
Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish
Subscribe to:
Posts (Atom)