Ayam Masam Manis Chinese Style
Bahan-bahan
2 keping dada ayam, potong saiz makan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Gaul kesemua bahan hingga rata. Ketepikan
Bancuhan Tepung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh minyak masak
Air secukupnya
Satukan semua bahan dan bancuh hingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak terlalu pekat atau cair.
Celup isi ayam ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Bahan Sos Masam Manis
1 tin kecil pes tomato
2 sudu besar jem raspberry
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
1/2 cawan capsicum hijau, potong dadu
1/2 cawan capsicum merah, potong dadu
1/2 cawan capsicum kuning, potong dadu
1/2 cawan bawang besar, potong baji
1/2 cawan potongan nenas dadu
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air
1 sudu besar minyak
Penyediaan :
Dalam kuali non-stick, panaskan sedikit minyak, masukkan pes tomato, jem, gula, cuka dan air.
Masak hingga mendidih.
Masukkan potongan capsicum, nenas dan bawang besar. Masak 1 minit.
Kemudian masukan bancuhan tepung jagung, sesuaikan kepekatan kuah.
Akhir sekali masukkan isi ayam goreng, gaul rata.
Sedia di hidang.
Ayam Masam Manis Chinese Style
No comments:
Post a Comment