Sosej Spaghetthi
Bahan-bahan
8 ketul sosej mini
Spaghetti biasa atau angel hair secukupnya
2 sudu besar mentega atau minyak zaitun
Penyediaan :
Cucuk sosej dengan 5- 6 batang spaghetti setiap satu. Supaya spaghetti tidak patah, satukan 2-3 batang sekali baru di cucuk ke dalam sosej. Setelah selesai, siram air sekejap.
Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sosej spaghetthi perlahan-lahan supaya tidak patah.
Masak sehingga spaghetti lembut.
Angkat dan toskan, rengis dengan minyak.
Hidang dengan sos spaghetti kegemaran.
Sos Tomato
1 tin kecil sos tomato Prego
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih cincang
1 biji tomato potong dadu
Daun Bay
Minyak Zaitun
Penyediaan :
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang hingga layu.
Tuang sos tomato Prego, sedikit air, daun bay dan tomato dadu.
Biar seketika, angkat dan hidang bersama spaghetti.
Sosej Spaghetthi
No comments:
Post a Comment