Miang Kham / Meang Khum
Bahan-bahan
30 helai daun kaduk
1/4 cawan kacang tanah atau gajus panggang *
1/4 cawan udang kering, cuci dan sangai hingga kering *
1/4 cawan halia muda, potong dadu
1/4 cawan limau nipis, potong dadu
1/4 cawan bawang merah, potong dadu
1/4 cawan kelapa sagat, sangai hingga perang *
5 tangkai cili merah / hijau, potong kecil
Simpan sedikit bahan bertanda * untuk di adun bersama sos
Bahan Sos
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris nipis
1/2 in lengkuas, hiris nipis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
1/2 in halia, hiris nipis
1 sudu kecil udang kering *
1 sudu kecil kacang tanah *
2 sudu besar kelapa sagat *
1/2 in belacan
120 gr gula melaka
2 sudu besar sos ikan
1/2 cawan air
Penyediaan :
- Dalam kuali non-stick, sangai hirisan serai, lengkuas, bawang merah, halia dan belacan hingga perang dan naik bau. Ketepikan.
- Tumbuk udang kering. kacang tanah dan kelapa sangai hingga halus.
- Campurkan bahan-bahan yang disangai tadi dan tumbuk hingga lumat.
- Dalam periuk didihkan gula melaka, air dan sos ikan.
- Bila gula larut, masukkan bahan tumbuk tadi.
- Reneh dengan api perlahan sehingga sos menjadi pekat.
- Angkat dan biarkan sejuk. Sos mesti pekat, manis dan masin.
- Untuk hidangan, ambil sehelai daun kaduk, isikan dengan bahan-bahan hiris dan kacang akhir sekali tuang 1/2 sudu kecil sos, balut rapi dan sedia di kunyah.
Miang Kham / Meang Khum
No comments:
Post a Comment