Friday, April 28, 2017

Biskut Mentega / Butter Cookies


Biskut Mentega / Butter Cookies

Bahan-bahan


Penyediaan :

  1. Kacau mentega dan gula aising dengan senduk kayu hingga lembut.  Masukkan esen vanila.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan kacau hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag bersama nozzle pilihan dan pipe ke atas dulang pembakar yang di alas kertas baking.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.


Biskut Mentega / Butter Cookies

Friday, April 21, 2017

Biskut Kelapa


Biskut Kelapa

Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm gula kaster
1 kuning telur
1 biji telur (sebutir)
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
200 gram kelapa kering, sangai hingga perang, kisar halus

Ceri merah atau hijau belah 2 untuk hiasan
Kelapa kering
Kuning telur untuk sapuan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga lembut.  Masukkan telur dan putar hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan kelapa sangai.  Uli menjadi doh.
  3. Ambil doh dan bulatkan sebesar ibu jari.
  4. Sapu kuning telur dan golekkan di atas kelapa parut.
  5. Tekan dengan ceri.
  6. Bakar pada suhu 160 C 25 minit.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Kelapa

Friday, April 14, 2017

Kerabu / Sambal Manga Kelantan


Kerabu / Sambal Manga Kelantan

Bahan-bahan
4-5 biji buah mempelam atau manga muda, sagat memanjang
2 ekor ikan kembung (bakar ambil isinya)
1 labu bawang merah besar - hiris
4 tangkai cili padi, hiris
1 biji tomato, jika suka, hiris
2 tangkai daun ketumbar jika suka
1/2 cawan santan segar atau santan kotak
Gula dan garam secukup rasa

Penyediaan :
Tumbuk isi ikan bersama sedikit garam dan gula, gaul rata.
Gaul bersama manga, hirisan bawang, cili api, tomato dan daun ketumbar.
Masukkan santan dan gaul hingga rata.

Kerabu ini tidak tahan lama kerana menggunakan santan mentah.
Seeloknya gaul santan ketika hendak makan.

Kerabu / Sambal Manga Kelantan

Wednesday, April 12, 2017

Biskut Buah Kana


Biskut Buah Kana

Bahan-bahan
150 gm mentega
70 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
200 gm tepung gandum
70 gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder

Jem strawberry atau yang disukai secukupnya
Acuan biskut kana - tabur tepung

Menghasilkan 55 biji

Penyediaan :
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.  Ketepikan.
Pukul gula, mentega dan kuning telur dengan sudip kayu hingga sebati.
Masukkan esen vanila, kacau rata.
Masukkan bahan ayak. Uli hingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang ditaburi sedikit tepung.
Ketukkan acuan untuk mengeluarkannya dan atur di atas dulang pembakar yang di gris marjerin. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 min atau hingga masak.
Biar suam atas redai sebelum disapu jem dan ditangkupkan.
Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Buah Kana

Tuesday, April 11, 2017

Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan


Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Bahan-bahan
2 pot beras brasmathi, cuci
30 kuntum bunga telang (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan

Masukkan beras, air bunga dan air, gaul rata, rendam selama 20minit di dalam periuk nasi letrik.
Letak daun pandan dan tanak hingga masak.

Bahan Sambal Lada
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula)

Bahan Sambal Tumis
2 batang serai di ketuk
2 keping asam gelugor
5 cawan santan sederhana pekat
garam secukup rasa
2 sudu besar budu
2 sudu besar gula melaka racik

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia

Cara-cara  :
Masukkan santan, serai, asam gelugor dan garam ke dalam periuk.  Masak hingga santan pecah minyak.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, budu, garam, gula dan gula melaka secukupnya.
Reneh dengan api kecil hingga sambal tumis pekat dan pecah minyak.

Bahan Sambal Ikan
1/2 biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
1 batang serai, hiris bahagian putihnya
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dengan gula melaka, gula dan garam. Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.  Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.

Bahan Ulam (Hiris Halus)
Timun
Taugeh
Daun kesum
Daun serai kayu
Kubis jika suka

Bahan Gandingan
Telur masin
Keropok
Ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok Lada
Bawang putih jeruk

Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Wednesday, April 5, 2017

Laksa Lemak Siam / Thai Laksa


Laksa Lemak Siam / Thai Laksa

Bahan-bahan 
1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering (rebus dan toskan)
5 ekor ikan sardin / kembung /selar (rebus, asingkan isi dan kisar halus)
5 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut (carik-carik)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering, buang biji, rendam dulu
5 tangkai cili padi, buang biji
1 sudu teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai, ambil bahagian putihnya
3 biji buah keras

Bahan Ulam - Hiris
Kacang panjang
Timun
Kobis / Daun Salad
Daun Selasih
Limau Kasturi
Bunga Kantan
Telur Rebus jika suka

Cara-cara:
Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor.  Asingkan isinya.  Simpan air rebusan dan asam gelugor.
Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus.  Ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
Masukkan daun limau purut, asam gelugor biar mendidih seketika.
Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Rasa masin, manis, lemak dan pedas.
Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau sehingga wap hilang.
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.
Laksa Lemak Siam / Thai Laksa