Biskut Buah Berempah
Bahan-bahan
100 gm mentega
90 gm marjerin
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
120 gm gula pasir
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh rempah kek lapis (Koepoe)
100 gm buahan kering campur (rendam sebentar, tos)
Kuning telur untuk sapuan
Penyediaan :
Pukuk mentega, marjerin dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebati.
Masukkan esen vanila dan buahan kering.
Masukkan tepung dan uli sebati,
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar.
Tekan sedikit dengan garfu dan sapu dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Biskut Buah Berempah
No comments:
Post a Comment