Saturday, May 27, 2017

Pulut Nangka


Pulut Nangka

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
12 ulas nangka (keluarkan bijinya)

Kacang hijau tanpa kulit (sangai)
Kelapa parut muda

Penyediaan :

  1. Cuci dan rendam beras selama 1 jam.
  2. Kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan biarkan sejuk.
  3. Masak santan, gula dan garam hingga gula larut.
  4. Gaulkan bersama pulut hingga rata.
  5. Kepal dan masukkan ke dalam nangka
  6. Tabur kelapa parut dan kacang hijau
  7. Hidang bersama sos santan.


Sos Santan
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.  Tuang ke atas pulut nangka.


Pulut Nangka

No comments:

Post a Comment