Mangga Pulut Hitam
Bahan-bahan
2 biji mangga - potong ikut suka
100gm beras pulut hitam
150gm beras pulut putih
200ml santan cair + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikkan
Sos santan
300ml santan pekat
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula larut. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, kaca rata dan masak hingga sos nampak pekat.
Cara-cara :
Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
Toskan dan satukan kedua pulut, masukkan santan dan kukus bersama daun pandan selama 30 - 35minit.
Hidang bersama mangga dan sos santan.
Mangga Pulut Hitam
No comments:
Post a Comment