Wednesday, October 25, 2017

Taiwan Lemon Cheese Castella Cake


Taiwan Lemon Cheese Castella Cake

Bahan A
5 biji kuning telur
65 gm mentega cair / minyak jagung
90 ml susu cair
1 sudu besar jus lemon / lemon paste
75 gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
Bahan B
5 biji putih telur
70 gm gula halus

Bahan C
5 keping keju (Emborg)
Parutan keju cheddar secukupnya

Loyang 6in segi - alas kertas baking
Loyang 10in - di isi air panas

Penyediaan :
Bahan A :  Satukan kuning telur, minyak, jus lemon dan susu.  Whisk tangan hingga sebati saja.
Masukkan tepung dan baking powder yang di ayak dan gaul rata.  Ketepikan
Bahan B :  Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan putar hingga menjadi kental.
Kaup balik bahan A dan B dengan spatula hingga bergaul rata.
Tuang 3/4 adunan ke dalam loyang, ratakan.  Hentakkan loyang sekali.
Susun kepingan keju dan tuang baki adunan.
Ratakan dan hentak loyang untuk mengeluarkan gelembong udara.
Tabur parutan keju hingga penuh.

Letak loyang kek di atas loyang berisi air panas.
Bakar secara water bath pada suhu 160C selama 30 minit.
20 minit terakhir tukar suhu kepada 140C dan bakar hingga masak.
Keluarkan dari oven dan letak di atas redai hingga sejuk sebelum di potong.

Taiwan Lemon Cheese Castella Cake

Tuesday, October 24, 2017

Pes Limau Kasturi Madu


Pes Limau Kasturi Madu

Bahan-bahan
500 gm  limau kasturi
500 air
2 sudu besar garam
400 gm gula batu
4 sudu besar madu

Penyediaan :
Belah limau, perah airnya dan tapis
Kulit limau di hiris halus, rendam air dan garam.
Ramas beberapa kali, bilas dan toskan.

Masak jus limau dan gula batu hingga gula larut.
Masukkan kulit limau dan biar mendidih selama 10 minit.
Masukkan madu dan biar mereneh sebentar.

Apabila telah sejuk, simpan di dalam botol kaca.
Boleh di jadikan jus atau sebagai pencicah buah,

Jus Kasturi Detox
1 sudu besar pes limau kasturi
Ais secukupnya
2 ketul asam boi

Pencicah Buah
4 sudu besar pes limau kasturi
4 cili padi hiris halus
sedikit garam

Pes Limau Kasturi Madu

Thursday, October 19, 2017

Swedish Meatball Ala Ikea


Swedish Meatball Ala Ikea

Bahan-bahan
500 gm daging lembu kisar
1/2 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan serbuk roti
2 sudu makan mentega
1 biji telur A, kocok ringan
1/4 sudu teh rempah allspices
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk lada hitam

Penyediaan Bebola Meatball
Panaskan mentega, tumis bawang cincang hingga layu.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi daging bersama serbuk roti, rempah serbuk, telur dan garam.
Gaul sebati, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam supaya adunan serbuk roti dan rempah menjadi sebati.

Keluarkan dari peti sejuk, bulatkan bebola daging.
Dalam kuali masukkan lagi 2 sudu besar mentega, masukkan bebola daging.
Masak dengan api kecil hingga keperangan.  Balikkan supaya masak sekata.  Tutup kuali dengan penutup dan biarkan sebentar hingga kedua belah bebola keperangan.

Angkat dan ketepikan, sementara itu sediakan sos.

Bahan Sos / Gravy
2 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 kiub pati daging Knorr
1/4 cawan krim masakan / susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sudu kecil kicap pekat untuk mengelapkan sos

Penyediaan :
Dalam kuali yang sama, panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau hingga sedikit perang dan rata.
Masukkan air, kiub pati daging dan reneh sebentar.
Masukkan krim masakan, garam, gula, kicap pekat dan serbuk lada hitam.  Kacau rata.
Kemudian masukkan bebola daging, gaul rata dan tutup kuali.
Reneh sebentar hingga kuah hampir pekat.
Hidang meatball dengan kentang goreng, kentang putar dan brocoli.

Kentang Putar / Mashed Potato

Bahan-bahan
3 biji kentang (kupas, potong dan rebus hingga empuk)
1 sudu besar di cairkan
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
3 sudu besar susu segar

Cara-cara
Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan lecek ketika masik panas hingga halus.
Masukkan mentega cair dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin.
Tambah garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Swedish Meatball Ala Ikea

Wednesday, October 18, 2017

Sup Udang Brocoli


Sup Udang Brocoli

Bahan-bahan
3 ulas bawang merah - di ketuk
2 ulas bawang putih - di ketuk
100 gm udang
100 gm brocoli - hiris kasar
1/2 batang carrot - potong bulat
1 batang jagung - potong bulat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air + 1 sudu teh tepung jagung (larutkan)
4 cawan air
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan :
Tumis bawang putih dan merah hingga sedikit perang.
Masukkan air, biar mendidih.  Masukkan jagung dan carrot.
Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan garam.
Kemudian masukkan udang, brocoli.
Biarkan sebentar, tuang bancuhan tepung jagung.
Didihkan sebentar dan angkat.

Sup Udang Brocoli

Monday, October 16, 2017

Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317


Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 pot beras Bashmati, cuci dan toskan
3 cawan air
1/2 tin susu sejat
2 sudu kecil garam
1 kiub Tomyam, haluskan
500 gm seafood campuran (udang,kepah,sotong)

Bahan Tumis
1/2 labu bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang
2 helai daun limau purut, koyak2 kan
2 batang serai, di ketuk
2 tangkai cili padi, hiris kasar

Sampingan
Daun ketumbar di hiris
Brocolli dan jagung di celur

Penyediaan :
Untuk menumis, tekan Saute/Sear dengan penutup terbuka.
Masukkan semua bahan-bahan tumis dan kacau hingga naik bau.
Kemudian masukkan beras, air, susu sejat, garam, kiub tomyam.  Kacau rata.
Hentikan fungsi Sear, Letak penutup periuk, "Seal" kan.

Tekan fungsi Pressure 2 kali hingga keluar text merah "Rice" di tengahnya, dan masa 14 minit.
Tekan "Start" dan tunggu sehingga selesai tempohnya.
Setelah masak, Offkan, kemudian tolak Vent perlahan-lahan dan lepaskan tekanan hingga habis,
Buka penutup periuk, masukkan seafood dan bahan sampingan.
Tutup semula periuk, Seal kan.
Tekan fungsi pressure 3 x hingga keluar text merah "Stim", setkan masa 10 minit.

Setelah selesai, lepaskan tekanan dan buka penutup.
Nasi sedia di hidangkan.
Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317




Saturday, October 14, 2017

Rainbow Checkeredboard Cake


Rainbow Checkeredboard Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
atau buttercream

Loyang 8" di alas dan di gris keliling

Cara-cara :
Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
Potong setiap kek menggunakan cutter bulat (2 atau 3 cutter berlainan saiz).
Susun mengikut warna yang berlainan setiap lapisan kek.
Sapu krim keliling kek untuk lapisan yang pertama, letak di atas papan kek.
Sapu krim secukupnya pada permukaan lapisan pertama kek, letak lapisan kedua dan sapu krim di atasnya.  Ulangi untuk lapisan seterusnya hingga habis.
Setelah selesai, sapu tipis krim pada seluruh kek dan simpan selama 2-3 jam di dalam peti sejuk.
Selepas itu bolehlah di salut dengan krim kegemaran menggunakan fresh cream, buttercream atau coklat ganache.
Simpan semula di dalam peti sejuk sekurangnya 4 jam sebelum di potong.
Rainbow Checkeredboard Cake

Tuesday, October 10, 2017

Daging Panggang Harimau Menangis


Bahan-bahan
500 gm daging dengan lemak

Bahan Perap
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, ambil bahagian putih
3 sudu sos tiram
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
1 sudu teh minyak masak
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bijan putih sangai untuk hiasan

Penyediaan :
  1. Potong daging 1 1/2 in tebal, cucuk dengan garpu di beberapa tempat supaya bahan perapan mudah serap.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan serai hingga halus.
  3. Gaul bersama daging hingga rata, masukkan bahan perapan lain dan gaul hingga sebati.
  4. Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  5. Panggang di atas bara api atau oven sehingga masak.
  6. Hiris daging kepada kepingan nipis dan hidangkan bersama sos dan salad.
Sos Daging Panggang
1/4 cawan sos ikan
2 susu besar jus asam jawa
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar serbuk cili Thai
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah - di hiris
1 tangkai daun ketumbar dan daun bawang, di hiris
2 sudu besar beras, cuci dan sangai hingga perang.  Kisar halus
Cili padi jika suka lebih pedas

Campur semua bahan sos dan sebatikan.  Sedia di hidang bersama daging panggang.

Daging Pangang Harimau Menangis