Saturday, October 14, 2017
Rainbow Checkeredboard Cake
Rainbow Checkeredboard Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
430gm tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)
atau buttercream
Loyang 8" di alas dan di gris keliling
Cara-cara :
Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C. Bakar sehingga habis.
Angkat dan sejukkan di atas redai. Keluarkan alas bawah kek.
Potong setiap kek menggunakan cutter bulat (2 atau 3 cutter berlainan saiz).
Susun mengikut warna yang berlainan setiap lapisan kek.
Sapu krim keliling kek untuk lapisan yang pertama, letak di atas papan kek.
Sapu krim secukupnya pada permukaan lapisan pertama kek, letak lapisan kedua dan sapu krim di atasnya. Ulangi untuk lapisan seterusnya hingga habis.
Setelah selesai, sapu tipis krim pada seluruh kek dan simpan selama 2-3 jam di dalam peti sejuk.
Selepas itu bolehlah di salut dengan krim kegemaran menggunakan fresh cream, buttercream atau coklat ganache.
Simpan semula di dalam peti sejuk sekurangnya 4 jam sebelum di potong.
Rainbow Checkeredboard Cake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment