Sunday, July 30, 2017

Nasi Minyak / Ghee Rice


Nasi Minyak / Ghee Rice

Bahan-bahan
3 cawan beras Basmati
3 sudu besar yoghurt, jika suka
3 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
1 cawan susu cair / susu sejat
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus
2 cm halia, ketuk dan cincang halus
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil buah pelaga
3 helai daun pandan, simpul

Hiasan :  Bawang goreng, daun ketumbar, gajus goreng, kismis

Penyediaan :

  1. Cuci beras hingga bersih.  Rendam selama 1 jam.  Kemudian toskan.
  2. Dalam kuali kecil, panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan rempah kasar dan daun pandan, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang di toskan dan kacau rata selama 5 minit.
  4. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi letrik, masukkan yogurt di ikuti susu sejat, air, garam, gula dan daun ketumbar.  Gaul rata,
  5. Masak seperti biasa.  Apabila nasi telah masak, gemburkan nasi menggunakan garpu perlahan-lahan supaya nasi tidak patah,
  6. Tabur bawang goreng, kismis dan gajus goreng.
  7. Sedia di hidang bersama kuah kari, kerutup atau kurma.


Nasi Minyak / Ghee Rice

Thursday, July 27, 2017

Ayam Masak Kicap Cendawan Enaq


Ayam Masak Kicap Cendawan Enaq

Bahan-bahan
1/2 kg ayam, potong kecil
Gaulkan bersama garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 batang karot - dipotong bulat
8 biji cendawan hitam - rendam dan belah 2
2 cawan air
1/2 cawan kicap manis Enaq
1 sudu besar sos tomato
1 kiub ayam Knorr
Gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia

Rempah Kasar
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Minyak untuk menumis

Rempah Halus
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam

Hiasan :  Bawang goreng dan daun ketumbar

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, goreng ayam setengah masak.  Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bahan kisar rempah kasar hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam goreng, kentang, cendawan dan carrot.
  5. Masukkan air, rempah halus, kicap manis dan sos tomato.
  6. Perasakan dengan gula.  Biar kuah rasa manis sedikit.
  7. Gaul rata, tutup kuali dan reneh sebentar.
  8. Hidang dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar.
  9. Sedia di hidang bersama nasi putih atau nasi minyak.

Ayam Masak Kicap Cendawan Enaq

Cendawan Enoki Goreng


Cendawan Enoki Goreng

Bahan-bahan
1 paket cendawan Enoki
2 biji telur ayam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh lada sulah
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :

  1. Potong pangkal cendawan, siram air dan keringkan di atas tisu dapur.
  2. Satukan tepung, serbuk bawang putih dan lada sulah.  Gaul rata.
  3. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam.
  4. Celup cendawan ke dalam telur dan golekkan di dalam tepung hingga rata.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
  6. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.


Cendawan Enoki Goreng

Friday, July 21, 2017

Biskut Red Velvet 'Crinkle'


Biskut Red Velvet 'Crinkle'
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi :  Chef Zam

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonate
3/4 sudu teh garam
3/4 cawan mentega
1 1/3 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu besar susu segar
2 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh jus lemon
5 sudu teh pewarna merah
1 cawan gula aising

Kaedah :
  1. Gaul tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonate dan garam, ketepikan
  2. Menggunakan �paddle attachment�, pukul mentega dan gula sehingga gebu dan ringan.
  3. .Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
  4. .Masukkan susu, vanilla, jus lemon dan pewarna merah.
  5. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan kering dan gaul sehingga sebati.
  6. Bungkus/tutup adunan dan rehatkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum digunakan.
  7. Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil dan golekkan ke dalam gula aising hingga bersalut sepenuhnya.
  8. Bakar pada suhu 170�C sehingga masak. Sejukkan sebelum disimpan.
Nota : Biskut ini lebih kepada cakey sikit kalau nak garing macam biskut biasa guna api yang slow 140C ..


Biskut Red Velvet 'Crinkle'

Monday, July 17, 2017

Kek Upside Down Buah Pir Karamel


Kek Upside Down Buah Pir Karamel
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi : Chef Zam

Bahan Karamel
1/4 cawan (50 g) Mentega (unsalted)
 2/3 cawan (125 g) gula perang
2 biji buah pir merah- dibuang biji dan dihiris 16 potongan

Adunan Kek
1/2 cawan (115 g) gula kastor
1/2 cawan (115 g) mentega (unsalted)- suhu bilik
2 biji telur
1 sudu teh perisa vanila
1 2/3 cawan (200 g) tepung kek/gandum }
1 sudu teh baking powder } diayak bersama
1/2 cawan (100 ml) susu segar

Penyediaan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. 
  2. Griskan acuan kek, susun hirisan buah pir di dasarnya dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega, masukkan gula perang dan didih seketika hingga cair, sebati dan pekat.
  4. Tuangkan adunan karamel ke dalam acuan kek dengan susunan buah pir dan biarkan merata, sejuk dan set.
  5. Untuk adunan kek, pukul gula dan mentega sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul rata dan gaulkan dengan perisa vanilla.
  6. Masukkan bahan kering dan susu secara berselang-seli sehingga sebati.
  7. Bakar selama 40 � 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan, hiaskan dengan kacang walnut yang dipanggang dan dicincang di atasnya.
Kek Upside Down Buah Pir Karamel

Monday, July 10, 2017

Kek Buah Bakar


Kek Buah Bakar

Bahan A - Ayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan B
400 gm mixed fruit
10 biji ceri merah
10 biji ceri hijau
50 gm tepung gandum

- Cuci mixed fruit dan ceri, toskan hingga kering.  Gaul bersama tepung hingga rata

Bahan C
250 gm mentega
150 gm gula kastor
4 biji telur A
50 ml susu cair
1 sudu besar orange emulco / sunquick - jika suka

Loyang bundt 10in atau loyang 8in di gris

Penyediaan :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga gebu.
  3. Masuk susu cair dan orange emulco, putar hingga rata.
  4. Masukkan bahan A dan putar perlahan hingga sebati.
  5. Tutup mixer, masukkan bahan B dan kaup balikkan hingga rata.
  6. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selama 45-60 minit hingga masak.
  7. Kek bertambah lembut dan enak jika di makan keesokkan harinya.

Kek Buah Bakar

Sunday, July 9, 2017

Biskut Putar Venetian

Biskut Putar Venetian
Di cuba oleh Kak Wan
resipi :  Chef Zam

Bahan-bahan


Penyediaan :
  1. Pukul mentega, gula icing dan perisa vanila sehingga berkrim menggunakan pengadun elektrik selama 1-2 minit.
  2. Tambahkan tepung beras dan tepung gandum, gaul menggunakan tangan.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 160�C atau mengikut oven masing-masing.
  4. Masukkan doh ke dalam �piping bag� dengan muncung hiasan berbentuk bintang (star nozzle) dan tekan doh kepada bentuk cincin/bulatan di atas dulang pembakar yang telah digriskan. 
  5. Hiaskan di tengahnya dengan sedikit jam strawberry/blueberry/marmalade/Nutella mengikut kesukaan anda
  6. Bakar biskut selama 15-20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum disimpan.

Biskut Putar Venetian

Saturday, July 8, 2017

Biskut Badam Suji Teh Inggeris


Biskut Badam Suji Teh Inggeris
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi Chef Zam

Bahan-bahan



Penyediaan :
  1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula, serbuk teh dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik, serbuk dan serbuk badam.
  3. Uli lembut adunan kemudian bulat-bulatkan.
  4. Susun di atas dulang pembakar dan tekan dengan garfu.
  5. Sapukan kuning telur dan letakkan badam.
  6. Bakar pada suhu 140�C selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Biskut Badam Suji Teh Inggeris

Tuesday, July 4, 2017

Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake


Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake

?Bahan Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
3 sudu besar mentega
1/4 sudu teh garam

Cara Membuat Gula Hangus
  1. Masak gula di dalam periuk / kuali tebal hingga keperangan atau keemasan.dengan api sederhana. Goyangkan periuk kiri kanan supaya gula mencair dengan sekata, tidak perlu mengacaunya dengan sudip.
  2. Tutup api dapur, kemudian, tuangkan air panas dari bahagian tepi periuk supaya air gula tidak terpecik atau membuak keluar.
  3. Buka api kecil, teruskan mengacau hingga gula larut.
  4. Tutup api dapur dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Biarkan gula hangus betul-betul sejuk sebelum digunakan supaya kek tidak menjadi bantat.
Bahan Kek :
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum- ayak
1/2 tin susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Loyang 7 atau 8in, gris dan alas dasarnya dengan kertas minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170�C selama 10 minit.
  2. Pukul telur hingga kembang.  Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula hangus.
  4. Putar sebati. Adunannya agak cair.  Perap selama 2 jam atau lebih.
  5. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah selama 1 jam (50 minit api bawah dan 10 minit api atas) suhu 170�C bergantung pada oven masing2.

**Untuk dapat potongan yang cantik berlubang, potong melintang bahagian tengah kek bukan potong secara menegak, kemudian tengok urat kek.

Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake

Monday, July 3, 2017

Kek Mentega / Butter Cake


Kek Mentega / Butter Cake

Bahan-bahan
250gm mentega tulin (unsalted)
220gm tepung gandum
180gm gula kaster
1/4 sudu teh garam
5 biji telur A
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla / butter vanila

Hiasan :  Kepingan Badam

Loyang 8in di alas dan di gris

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul hingga sebati.  Masukkan esen vanila.
  3. Ayak tepung, garam dan baking powder.  Masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam loyang, ratakan dan tabur dengan kepingan badam jika suka.  Hentak ringan loyang supaya rata.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 - 40 minit.  Cucuk dengan lidi, jika keluar licin bolehkan di keluarkan dari oven.

Kek Mentega / Butter Cake