Cendawan Enoki Goreng
Bahan-bahan
1 paket cendawan Enoki
2 biji telur ayam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh lada sulah
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan :
- Potong pangkal cendawan, siram air dan keringkan di atas tisu dapur.
- Satukan tepung, serbuk bawang putih dan lada sulah. Gaul rata.
- Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam.
- Celup cendawan ke dalam telur dan golekkan di dalam tepung hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
- Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
Cendawan Enoki Goreng
No comments:
Post a Comment