Saturday, September 30, 2017

Sup Gear Box PPC All in one HD2137


Sup Gear Box PPC All in one HD2137

Bahan bahan
2 kg kaki lembu siap potong
1/3 air paras periuk

Bahan 
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang merah di hiris
1 ulas bawang putih di hiris
1 sudu besar rempah kurma / rempah sup
1 bunjut sup
1 inci halia - hiris kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hidangan
3 biji cili padi - hiris

Tomato - hiris
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - hiris

Cara cara
Masukkan tulang dan air ke dalam pressure cooker.  Tutup dan (Seal)  
Setkan masa 30 minit dan on kan fungsi Pressure dan start.
Bila selesai, keluarkan tekanan fungsi (Vent) hingga wap habis dan buka penutup.
Dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia.  Masukkan bawang hiris dan rempah sup.  Tumis hingga bawang layu.
Tuang bahan tumis dan masukkan bunjut sup ke dalam pressure cooker.
Masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya,
Tekan fungsi Sear Low Temp dan terus memasak dengan penutup terbuka selama 10-15 minit.
Hidang sup bersama perahan jus limau, bawang goreng dan taburan daun bawang dan daun sup.
Sup Gear Box PPC All in one HD2137

Saturday, September 23, 2017

Korean Bulgogi


Korean Bulgogi

Bahan-bahan
500g daging, hiris nipis
1 labu bawang besar, hiris

Bahan Perap
5 ulas bawang putih, parut
1 1/2 inci halia, parut
1 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula perang / gula pasir
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil cili flakes / paprika
Sedikit garam

Bahan Taburan
Daun bawang hiris
Bijan di sangai

Penyediaan :
Gaul daging bersama bahan perap hingga rata,  Perap selama 3 jam.
Masak di atas nonstick fry pan atau grill.  Letak sekeping sekeping bersama bawang hiris semasa dibakar.  Masak hingga kering atau sedikit lembab.
Angkat dan tabur daun bawang dan bijan.
Hidang bersama nasi atau di bungkus di dalam daun salad.

Korean Bulgogi

Tuesday, September 19, 2017

Steak Daging Mudah


Steak Daging Mudah

Bahan-bahan
4 potong daging steak 1 1/2in tebal
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun

Daging di ketuk sedikit kelilingnya dengan hulu pisau, kemudian taburi garam, serbuk lada di kedua belah hingga rata.  Rengis sedikit minyak dan perap selama 1 jam.

Panggang di dalam oven atau di atas bara api hingga separa masak (medium well) atau sepenuh masak (well done).

Cadangan Hidangan
Kentang Goreng
Kentang Putar
Brocoli / Jagung / Carrot / Kacang Buncis
Sos lada hitam

Sos Lada Hitam / Black Pepper Sauce

Bahan-bahan
2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar lada hitam dikisar
2 cawan air rebusan ayam
1/2 tin cendawan butang dikisar
3 sudu besar HP sos @ sos perang
1 sudu besar kicap hitam
1 sudu kecil Westershire Sos
1/2 cawan krim masakan
Garam dan gula sebagai perasa

Cara-cara 
  1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan lada hitam, kacau sebentar, masukkan air rebusan ayam, cendawan kisar, hp sos, westerhire sos dan biar ia mendidih, masukkan krim masakan, gula dan garam sebagai perasa.
  2. Sekiranya ingin sos kelihatan hitam dan agak gelap, masukkan 1 sudu besar kicap hitam.  Apabila telah mendidih dan pekat matikan api.  Boleh tambah air panas jika sos agak pekat.

Kentang Putar / Mashed Potato

Bahan-bahan
3 biji kentang (kupas, potong dan rebus hingga empuk)
1 sudu besar di cairkan
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
3 sudu besar susu segar

Cara-cara
  1. Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan lecek ketika masik panas hingga halus.
  2. Masukkan mentega cair dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. 
  3. Tambah garam dan serbuk lada sulah.
Steak Daging Mudah

Saturday, September 9, 2017

Roti John


Roti John

Bahan Inti Daging atau Ayam
2 cawan daging cincang
2 ulas bawang merah, cincang
4 ulas bawang putih, cincang
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Penyediaan :
  1. Bancuh rempah kari, jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air, kacau rata.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan putih hingga keperangan.
  3. Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau sebentar hingga rata.
  4. Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah warna.
  5. Tambah air paras daging dan masak dengan api sederhana sehingga air hampir kering.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, boleh tambah 1/2 ketul kiub ayam jika suka.
  7. Kacau sehingga daging lembut dan masak, biar berkuah sedikit dan tidak terlalu kering.

Bahan-bahan
Roti panjang atau roti sosej bujur, belah tengah jangan putus
Mentega atau marjerin untuk sapuan
Bawang merah cincang halus
Daun bawang, hiris halus
2 biji telur
Inti daging atau ayam
Kepingan keju jika suka
Hirisan daun salad, tomato, timun dan kobis

Penyediaan :
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan 4 sudu besar inti daging, sedikit bawang cincang dan daun bawang,  Kocok hingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper, sapu marjerin di atas belahan roti dan masa sebentar hingga permukaannya sedikit garing,  Angkat dan letak di dalam pingan,
  3. Sementara itu, letak sedikit marjerin di atas kuali, tuang bancuhan telur tadi, biarkan sebentar dalam 1 minit.
  4. Telekupkan roti ke atas telur yang hampir kering tadi, tekan-tekan sedikit dan biarkan sehingga telur masak.  Sapu sedikit marjerin di atasnya.
  5. Terbalikkan roti ke atas, biarkan sebentar dan angkat.
  6. Letak kepingan keju ketika masih panas jika suka dan hirisan salad seperti kobis, timun dan tomato.
  7. Picit sos cili, mayonis dan tabur sedikit serbuk lada hitam.
Roti John

Wednesday, September 6, 2017

Dendeng Daging


Dendeng Daging

Bahan-bahan
1 kilo daging lembu dipotong ketulan sederhana besar

Rebus daging hingga berubah warna, jangan sampai lembut.
Angkat dan toskan airnya, simpan air rebusan untuk di guna kemudian.
Ketulan daging di hiris nipis, kemudian ketuk ringan dengan ulu lesung supaya leper.  Ketepikan.

Bahan Hiris
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Goreng bahan hiris hingga keperangan.  Toskan.
Simpan minyaknya untuk menumis.

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai di ketuk
2 - 3 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan Perasa
2 sudu besar kicap hitam
1/2 cawan kicap lemak manis
gula dan garam secukupnya
1 sudu kecil pes asam jawa
Air rebusan daging secukupnya


Penyediaan :
  1. Guna minyak gorengan bawang, goreng hirisan daging hingga permukaannya sedikit kehitaman.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar untuk menumis.
  4. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging, air rebusan daging dan bahan-bahan perasa.  Kacau dan renehkan hingga kuahnya hampir kering.
  6. Angkat dan gaulkan dengan gorengan bawang.  Hidang bersama nasi putih.


Dendeng Daging

Tuesday, September 5, 2017

Penne Pasta Marinara


Penne Pasta Marinara

Bahan-bahan
300 g penne pasta
Sedikit garam
100 g udang, buang kulit, tinggalkan bahagian ekor
100 g sotong, potong bulat
Serbuk lada hitam secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar mentega
1 sudu besar  bawang putih yang dicincang
Parutan keju Parmesan
Daun parsley
Tomato Cherry
Lemon

Penyediaan :
  1. Rebus pasta dan sedikit garam hingga mendidih mengikut arahan pada paket.  Toskan.
  2. Gaul udang, sotong dengan secubit garam, lada hitam dan serbuk bawang putih.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun, masukkan udang dan sotong, goreng sebentar saja.  Angkat dan ketepikan.
  4. Bersihkan kuali, kemudian cairkan mentega dengan api sedang.
  5. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
  6. Akhir sekali masukkan pasta, parutan keju, seafood, dan  tomato.  Gaul rata hingga keju cair.
  7. Hidang bersama taburan daun parsley, rengisan lada hitam dan tambahan parutan keju dan perahan jus lemon.


Penne Pasta Marinara

Monday, September 4, 2017

Kerabu Buah Beka


Kerabu Buah Beka

Bahan-bahan
1 biji buah beka
1 ekor ikan kembung - bakar ambil isinya
1 cawan kelapa parut, goreng hingga perang
5 sudu besar santan pekat atau santan kotak (panaskan dahulu)
2 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji limau nipis
1 sudu besar budu
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
3 tangkai daun kesum
2 ulas bawang merah

Cara-cara :
  1. Buang bahagian tepi kulit beka dan hiris nipis-nipis,  Kemudian celur sebentar hingga kulitnya menjadi lembut.
  2. Toskan dan masukkan ke dalam bekas besar bersama hirisan daun kesum dan bawang hiris.
  3. Tumbuk lada hitam hingga hancur, masukkan bawang merah, bawang putih, gula dan garam,  tumbuk lagi hingga lumat,
  4. Masukkan kelapa goreng dan tumbuk hingga kelapa hancur.
  5. Akhir sekali, masukkan isi ikan, tumbuk ringan dan gaul rata.
  6. Masukkan ke dalam bekas berisi buah beka dan gaul rata.
  7. Masukkan santan pekat, perasakan dengan budu dan perahan jus limau.  Tambah garam dan gula jika perlu. Rasa manis, masin dan masam secukupnya.
  8. Jika suka pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi.

Cara Bakar :
Layur buah beka di atas api hingga kulitnya mengerutu.  Kemudian kikis sedikit kulit yang terbakar.
Hiris nipis-nipis dan gaul bersama bahan tumbuk, bahan hiris, santan dan bahan perasa.

Kerabu Buah Beka

Sunday, September 3, 2017

Satay Uyghur


Satay Uyghur

Bahan-bahan
1kg daging (bahagian yang berlemak)
1/2 cawan minyak masak untuk merenjis
1 sudu kecil serbuk cili kering (chili flakes)
1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
2 biji lemon - potong baji untuk menghidang

Bahan Perap (Marinade)
1 sudu kecil serbuk halia / 1/2 in halia segar tumbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili kering
1 sudu kecil serbuk buah pala
3 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar kicap cair (light soy sauce)

Skewers atau ( lidi satay yang di rendam dalam air sejuk)

Cara-cara :
  1. Potong daging 2.5cm kiub.
  2. Satukan bahan-bahan perap dan gaul rata bersama daging.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 1 jam atau seeloknya semalaman supaya daging lebih lembut dan beraroma.
  3. Cucuk daging perap dengan skewers atau lidi satay.
  4. Bakar di atas bara api (dapur arang) sambil di renjis sedikit minyak.  Sentiasa balik2 kan satay dan tabur sedikit serbuk cili kering dan serbuk jintan putih ketika membakar.


Hidang bersama perahan jus lemon atau yogurt.

Satay Uyghur