Wednesday, June 28, 2017

Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake


Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake

Bahan-bahan
250 gm mentega
170 gm gula kaster
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
5 biji telur grade A
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko - ayak

Loyang 8 in di alas kertas minyak dan di gris.

Penyediaan :
  1. Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
  2. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, (pukul dahulu sebiji telur biar rata sebelum di masukkan telur seterusnya.)
  4. Masukkan esen vanilla dan susu pekat, putar hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  6. Bahagian adunan kepada 2 bahagian sama banyak.  Campurkan satu bahagian dengan serbuk koko.
  7. Masukkan adunan asal dan adunan koko berselang seli ke dalam loyang.
  8. Setelah selesai, hentak ringan loyang supaya adunan sekata.
  9. Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit.


Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake

Tuesday, June 27, 2017

Kek Oren / Orange Cake


Kek Oren / Orange Cake

Bahan-bahan
250 gm mentega tawar (unsalted)
1 cawan gula kaster
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
4 biji telur grade A
1 sudu besar jus oren sunquick / orange emulco
4 sudu besar susu cair / yogurt
1/2 cawan perahan jus oren

Loyang Bundt 10in - di gris mentega

Penyediaan :
  1. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam.  Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
  4. Perlahankan mixer, masukkan oren emulco / oren sunquick.
  5. Satukan susu cair dan perahan jus oren.
  6. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan bancuhan susu sedikit demi sedikit sehingga rata dan sebati.
  7. Ratakan adunan ke dalam loyang, hentak ringan supaya rata.
  8. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 175C selama 40-45 minit.
  9. Cucuk kek dengan lidi, jika licin bolehlah di angkat.
  10. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di paip glaze dan di hias.


Glaze
1 cawan gula aising
1 sudu besar perahan jus oren
1 sudu besar susu cair

Hiasan :  Parutan kulit oren

Sebatikan semua bahan glaze sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.  Jika pekat tambahkan sedikit lagi jus oren atau susu cair.  Paipkan ke atas kek dan tabur parutan kulit oren.

Kek Oren / Orange Cake

Kek Suji / Semolina Cake


Kek Suji / Semolina Cake
Ilham :  Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
250 gm mentega tulin
170 gm gula halus
2 sudu besar besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 sudu besar perahan jus oren
170 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100 gm semolina @ suji
Secubit garam
50 gm kismis cincang halus

Loyang 8 x 8, di alas kertas minyak dan di sapu mentega

Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian campurkan semolina, kismis cincang dan garam, gaul rata. 
  2. Satukan telur, susu dan jus oren kocok hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar mentega, gula dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.
  4. Perlahankan mixer, masuk kan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam loyang dan ratakan.  Hias dengan taburan kismis jika suka.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Nota :  Kek suji tahan 2 hari pada suhu bilik dan 3-4 hari di dalam peti sejuk.

Kek Suji / Semolina Cake

Thursday, June 22, 2017

YEO'S - Lompang Laici Yeo's


Berkat Dirasa Bersama � Yeo�s Ramadan

Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.

Segar dan nyaman minuman Laici Yeo's untuk berbuka,, tambahan dengan rasa laici yang masam manis menghilangkan dahaga dan membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Tambah ais lagi menyegarkan.  Tapi harini K1 nak buat sesuatu yang berlainan bukan sebagai minuman saja. Minuman Laici Yeo's kita boleh pelbagaikan kegunaannya samada membuat agar-agar, puding atau pun di adun di dalam kuih muih.  Jom kita cuba jadikan minuman Laici Yeo's dan jadikan kuih lompang yang perisa laici yang sangat sedap.  Mari cuba resipi di bawah ..

Lompang Laici Yeo's

Bahan A
80 gm gula pasir
500 ml Minuman Laici Yeo's
2 helai daun pandan

Bahan B
140 gm tepung beras
30 gm tepung ubi
1/2 sudu teh esen laici
1/2 sudu teh air kapur

Bahan C
1/2 biji kelapa parut  + 1/4 sudu teh garam
(Gaul dan kukus sebentar)

Acuan lompang, di leser sedikit minyak

Cara-Cara :
1.  Satukan bahan A dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan.
2.  Satukan bahan B.  Tuang bahan A dah whisk hingga rata dan tapis.


3.  Untuk lompang berwarna, masukkan pewarna yang disukai.
4.  Panaskan pengukus dan acuan lompang.

5.  Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 - 25 minit.
6.  Sejukkan dan keluarkan dari acuan.  Hidang dengan kelapa parut.


Lompang Laici Yeo's 

Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo's Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo�s di bulan Ramadan yang mulia ini!

Sunday, June 18, 2017

Biskut Tart Prunes Sunsweet


Biskut Tart Prunes Sunsweet

Bahan-bahan
200gm mentega
50gm gula kaster
2 kuning telur
250gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung

Jem Kurma
400gm prunes, cincang halus
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bulat seberat 5 gm.

Penyediaan 
  1. Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung, tepung jagung dan susu tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
  3. Ambil doh seberat 10 gm, dan gentel bulat.  Masukkan ke dalam cawan kertas.
  4. Tekan dengan ibu jari di tengah doh dan masukkan inti prune ke dalamnya.
  5. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.

    Biskut Tart Prunes Sunsweet

Wednesday, June 14, 2017

Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies


Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam halus
125gm gula kaster
150gm serbuk kacang peas, sangai sebentar
200ml minyak sayur
20 ml mentega cair

Hiasan
1 kuning telur untuk sapuan
Kacang peas / Kuaci labu

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak dan mentega, gaul rata.
  2. Masukkan minyak, mentega sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh 10gm setiap satu dan bulatkan.
  4. Susun di atas loyang yang di gris, sapu kuning telur dan letak kacang peas di atasnya.
  5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit.


Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies

Monday, June 12, 2017

Biskut Prunes Sunsweet


Biskut Prunes Sunsweet

Bahan-bahan


Jem Prunes


Masukkan semua bahan jem ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bujur.

Hiasan :  Kuning Telur, Bijan Putih

Penyediaan 
  1. Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan semua tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit doh (10gm), masukkan inti prune di tengahnya dan gentel bentuk bujur.
  4. Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan bijan.
  5. Bakar dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit.

Biskut Kastard Prunes

Sunday, June 11, 2017

Biskut Pizza


Biskut Pizza
+Kakwan Citarasawan  : ResipiCitarasawan

Bahan-bahan


Hiasan



Penyediaan :
  1. Pukul mentega, shortening dan gula dengan senduk kayu hingga berkrim.
  2. Masukkan parutan keju, garam, tepung dan serbuk pizza.  Sebatikan menjadi doh.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. Canai dan terap dengan penerap 3 segi.
  5. Susun di atas dulang pembakar yang di alas kertas baking.
  6. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri dan kepingan keju.  Tabur parsley kering di atasnya.
  7. Bakar suhu 150C selama 10 minit di rak bawah dan alihkan ke rak atas dan bakar selama 8 - 10 minit lagi.
  8. Jangan sampai permukaan keju hangus.


Biskut Pizza

Saturday, June 10, 2017

Soya Teh Hijau Yeo's


Soya Teh Hijau Yeo's
dari +Kakwan Citarasawan

Bahan-bahan



Penyediaan :
Bancuh teh hijau dengan ais panas.  Tapis biarkan sejuk.
Sediakan gelas.  Masukkan 2 sudu kecil susu pekat manis.


Kemudian tuang susu soya hingga separuh gelas.
Tambah ketulan ais dan akhir sekali tuang teh hijau.
Kacau sebelum di minum.


Soya Teh Hijau Yeo's

Thursday, June 8, 2017

Biskut Coklat Butang


Biskut Coklat Butang
Resipi : K1@Resipicitarasawan

Bahan-bahan


Coklat Butang (Milk Chocolate) secukupnya


Penyediaan :
  1. Kacau mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur, esen vanila dan sebatikan.
  2. Masukkan tepung dan susu tepung, gaul hingga sebati.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. Canai dan terap bentuk bulat, sapu kuning telur dan tekan coklat butang di tengahnya.
  5. Susun di atas dulang pembakar yang di gris, hias mengikut suka.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit.

Biskut Coklat Butang

Tuesday, June 6, 2017

Biskut Coklat Oren


Biskut Coklat Oren

Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm gula aising
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
50 gm tepung ubikayu
30 gm serbuk koko
20 gm serbuk badam, sangai
2 sudu kecil oren emulco / sunkist emolco

Hiasan :  Orange Sanding Sugar

Penyediaan :
  1. Ayak tepung gandum, tepung ubikayu, tepung kastard dan serbuk koko.  Masukkan serbuk badam. Gaul rata.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur, oren emulco.  Putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang di ayak sediki demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan adunan selama 20 minit.
  5. Canai dan terap, susun di atas dulang pembakar yang di gris mentega.
  6. Tabur sanding sugar dan bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit.
  7. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Coklat Oren

Monday, June 5, 2017

Biskut Gajus


Biskut Gajus
kredit :  Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan


Kuning telur, untuk sapuan
Gajus, untuk hiasan


Cara-cara :

  1. Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur, esen vanila dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk gajus dan uli menjadi doh yang lembut dan boleh di canai.
  4. Canai dan terap mengikut acuan kesukaan.  Susun di atas dulang pembakar yang digris marjerin.
  5. Sapu kuning telur, lekatkan gajus sebagai hiasan.  Sapu kuning telur pada gajus.
  6. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 170c selama 25 minit.
  7. Pusingkan kedudukan dulang supaya biskut masak sekata.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Gajus

Sunday, June 4, 2017

Biskut Ferrero Rocher


Biskut Ferrero Rocher

Bahan-bahan


Salutan


Celupan



Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula, hingga sebati.  Masukkan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, emplex, serbuk badam, tepung jagung dan cornflakes kisar.
  3. Uli sebati.
  4. Panaskan oven suhu 150c.
  5. Bulatkan adunan sebesar guli (10gm), masukkan kacang hazel di tengahnya dan bulatkan kembali.
  6. Atur di dalam dulang pembakar yang di lengser dgn marjerin.
  7. Bakar pada suhu 150c selama 20 - 25 minit.
  8. Sejukkan biskut sebentar, kemudian celup biskut yang dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan dengan almond nibs.
  9. Bakar semula lebih kurang 5 minit. 
  10. Cairkan coklat masakan dan coco butter secara double boil.
  11. Menggunakan penyepit, celup biskut ke dalam coklat dan letak di dalam cawan kertas.
  12. Biarkan coklat beku sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Note :  Cara kedua, doh yang di bulatkan di celup ke dalam putih telur dan di golek ke dalam almond nibs sebelum di bakar.

    Biskut Ferrero Rocher

    Friday, June 2, 2017

    Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies


    Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

    Bahan-bahan



    Cara membuatnya:
    1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 C.
    2. Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan esen badam diikuti tepung dan cornflakes.
    3. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
    4. Ambil sedikit doh dan gentel bulat (8 gm). Kemudian tekan sedikit dibahagian tengah dengan ibu jari atau belakang sudu metrik.
    5. Paip jem ditengahnya.
    6. Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga sedikit keperangan. Sejukkan seketika sebelum di hias dengan gula aising.

    Gula Aising - Drizzle


    Satukan gula aising, esen badam dan susu di dalam satu mangkuk.  Gaul sebati, jika pekat tambah sedikit susu lagi.  Masukkan ke dalam piping bag dan drizzle di atas biskut


    Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

    Thursday, June 1, 2017

    Tart Nenas Gulung Mudah


    Tart Nenas Gulung

    Bahan-bahan


    Jem nenas siap guna, gentel
    Telur untuk sapuan

    Penyediaan :
    1. Pukul mentega, minyak sapi dan gula asing dengan senduk kayu hingga sebati.
    2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
    3. Rehatkan adunan selama 15 minit.
    4. Masukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang.
    5. Letak jem di hujung dan gulung rapi.
    6. Sapu dengan kuning telur.
    7. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit atau hingga masak.



    Tart Nenas Gulung