Kek Suji / Semolina Cake
Ilham : Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan
250 gm mentega tulin
170 gm gula halus
2 sudu besar besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 sudu besar perahan jus oren
170 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100 gm semolina @ suji
Secubit garam
50 gm kismis cincang halus
Loyang 8 x 8, di alas kertas minyak dan di sapu mentega
Cara-cara :
- Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian campurkan semolina, kismis cincang dan garam, gaul rata.
- Satukan telur, susu dan jus oren kocok hingga sebati. Ketepikan.
- Putar mentega, gula dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.
- Perlahankan mixer, masuk kan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Hias dengan taburan kismis jika suka.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota : Kek suji tahan 2 hari pada suhu bilik dan 3-4 hari di dalam peti sejuk.
Kek Suji / Semolina Cake
No comments:
Post a Comment