Biskut Tart Prunes Sunsweet
Bahan-bahan
200gm mentega
50gm gula kaster
2 kuning telur
250gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung
Jem Kurma
400gm prunes, cincang halus
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bulat seberat 5 gm.
Penyediaan
- Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung, tepung jagung dan susu tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
- Ambil doh seberat 10 gm, dan gentel bulat. Masukkan ke dalam cawan kertas.
- Tekan dengan ibu jari di tengah doh dan masukkan inti prune ke dalamnya.
- Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.
Biskut Tart Prunes Sunsweet
No comments:
Post a Comment