Berkat Dirasa Bersama � Yeo�s Ramadan
Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.
Segar dan nyaman minuman Laici Yeo's untuk berbuka,, tambahan dengan rasa laici yang masam manis menghilangkan dahaga dan membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Tambah ais lagi menyegarkan. Tapi harini K1 nak buat sesuatu yang berlainan bukan sebagai minuman saja. Minuman Laici Yeo's kita boleh pelbagaikan kegunaannya samada membuat agar-agar, puding atau pun di adun di dalam kuih muih. Jom kita cuba jadikan minuman Laici Yeo's dan jadikan kuih lompang yang perisa laici yang sangat sedap. Mari cuba resipi di bawah ..
Lompang Laici Yeo's
Bahan A
80 gm gula pasir
500 ml Minuman Laici Yeo's
2 helai daun pandan
Bahan B
140 gm tepung beras
30 gm tepung ubi
1/2 sudu teh esen laici
1/2 sudu teh air kapur
Bahan C
1/2 biji kelapa parut + 1/4 sudu teh garam
(Gaul dan kukus sebentar)
Acuan lompang, di leser sedikit minyak
Cara-Cara :
1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
2. Satukan bahan B. Tuang bahan A dah whisk hingga rata dan tapis.
3. Untuk lompang berwarna, masukkan pewarna yang disukai.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 - 25 minit.
6. Sejukkan dan keluarkan dari acuan. Hidang dengan kelapa parut.
Lompang Laici Yeo's
Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo's Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo�s di bulan Ramadan yang mulia ini!
No comments:
Post a Comment