Monday, August 28, 2017

Pengat Labu


Pengat Labu

Bahan-bahan
1/2 biji labu, potong saiz sederhana
1 1/2 cawan air
400 ml santan kotak
2 sudu besar sagu mata ikan, cuci dan toskan
1/2 ketul gula melaka, racik halus atau gula perang
2 sudu besar gula pasir atau lebih ikut kemanisan
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan, di simpul

Penyediaan :
  1. Kukus labu dengan api besar selama 10 minit hingga masak.
  2. Dalam periuk, satukan air, daun pandan, gula melaka dan gula.  Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan sagu, biar seketika sehingga sagu menjadi jernih.
  5. Akhir sekali masukkan labu kukus dan sedikit garam.
  6. Biarkan mendidih sebentar.  Angkat dan hidangkan.


Pengat Labu

Thursday, August 24, 2017

Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap
Resipi : Chef Joha Hassan
Di cuba oleh Kak Wan

Bahan-bahan
1kg Daging Kambing / Lembu dihiris
sedikit garam
2 sudu besar lada hitam- ditumbuk

Gaulkan daging bersama garam secukup rasa dan lada hitam, goreng sebentar,  Ketepikan.

Bahan Kisar
1 1/2 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inch halia
6 biji cili api

Bahan Rempah Kasar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
4 sudu besar minyak masak

Bahan Rempah Halus
1/2 sudu teh serbuk masala
1/2 sudu teh serbuk Jintan manis

Bahan Kuah
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 cawan air
1/2 cawan kicap manis.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 batang carrot - potong bulat
Tomato cherry jika suka
Bawang goreng untuk taburan

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, rempah halus dan rempah kasar.  Bila rempah mula bangkit masukan daging hiris, tuangkan air dan kicap manis.
  2. Masukkan sos tomato sedikit dan biarkan ia masak dengan api sederhana. Biarkan ia masak dalam 10 minit.
  3. Masukkan carrot, tutup periuk dengan penutup. Renehkan sebentar,
  4. Perasakan kuahnya dengan garam dan gula.  Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit.
  5. Akhir sekali, masukkan ubi kentang goreng. Gaulkan bersama kuah.
  6. Taburkan bawang goreng. Angkat dan sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.

Daging Masak Kicap

Tuesday, August 22, 2017

Sentiling Nanas


Sentiling Nanas

Bahan-bahan 
500 gram parutan ubikayu (tapis airnya)
125 gram gula pasir
100 gram nenas parut (tapis airnya)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh esen nenas (optional)
Pewarna kuning dan hijau

Loyang 7 x 3 in - alas plastik tahan panas

Penyediaan :
  1. Satukan parutan ubi, gula, nenas, garam dan esen.  Gaul rata dan bahagi kepada 2 bahagian sama banyak.
  2. Satu bahagian di letak pewarna kuning dan satu lagi di letak pewarna hijau.
  3. Ratakan adunan kuning dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan cakar permukaannya dengan garfu.
  4. Kemudian ratakan pula adunan hijau dan kukus lagi selama 15 minit hingga masak.
  5. Sejukkan sebentar, potong dan golekkan ke atas kelapa parut kukus.
Kelapa Parut Kukus
150 gram kelapa parut kasar
1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Satukan semua bahan dan kukus selama 15 minit.

Sentiling Nanas

Monday, August 21, 2017

Tofu Lembut Sos Tiram


Tofu Lembut Sos Tiram
Sumber :  Pn Zuraidah Ismail

Bahan-bahan
2 blok Tofu lembut
4 ulas Bawang puteh, cincang
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu kecil Minyak bijan
1/2 sudu besar kicap hitam
Garam dan gula
1 cawan air
Tepung jagung di bancuh sedikit air

Bahan hiasan
2 biji Tomato, di potong
1 biji capsicum hijau
Cili merah jika suka
Daun bawang, di hiris
Bawang goreng

Penyediaan :
  1. Kukus tofu selama 15 minit.  Angkat dan keluarkan airnya.  Potong 4
  2. Sementara itu, tumis bawang putih hingga keperangan,
  3. Masukkan air, sos tiram, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa.  Tambah sedikit kicap hitam untuk mencantikkan kuah.
  4. Bila kuah telah mendidih, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Biarkan sebentar, masukkan tomato dan capsicum.
  6. Tuang kuahnya ke atas tofu, tabur daun bawang dan bawang goreng.


Tofu Lembut Sos Tiram

Saturday, August 19, 2017

Sotong Bakar Madu Sos Seafood Thai


Sotong Bakar Madu Sos Seafood Thai

Bahan-bahan
4 ekor sotong isi putih saiz besar
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
1/4 sudu teh garam

Cuci bersih sotong, lumur dengan semua bahan hingga rata.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Penyediaan :
Keluarkan sotong dari peti sejuk, keringkan air di atas tissue dapur.
Kemudian cucuk sotong dengan lidi satay hingga ke kepalanya.
Kelar-kelarkan badan sotong dan rengiskan dengan sedikit minyak.
Panggang di atas bara api atau di dalam oven hingga masak.

Sos Seafood Thai

Bahan-bahan
6 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
1 tangkai daun ketumbar
5 ulas bawang putih - bakar sebentar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar jus limau nipis

Kisar cili, bawang putih dan daun ketumbar,  Masukkan garam, sos ikan, sos tiram, jus limau nipis dan gula,  Kisar sebentar jangan terlalu halus.
Sos seafood sesuai untuk semua jenis makanan laut, udang, ketam, sotong, ikan dan lain-lain.

Sotong Bakar Madu Sos Seafood Thai

Monday, August 14, 2017

Ayam Betutu Bali


Ayam Betutu Bali

Bahan-bahan
1 ekor ayam, buang bahagian dalam
1 biji limau nipis
2 sudu teh garam

Cuci bersih ayam, cucuk badan ayam dengan garpu di beberapa tempat, kemudian lumur dengan jus limau dan garam, biarkan selama 10 minit.

Bahan Kisar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
2 batang serai, bahagian putih
1 inci belacan atau 1/2 kiub pati ikan bilis
2 cm kunyit hidup
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cm halia
2 cm lengkuas
Garam dan gula merah secukupnya

Hiris semua bahan dan kisar hingga halus.

Bahan Isi
100 gram pucuk ubi, celur dan hiris halus
4 helai daun limau purut, hiris
Minyak untuk menumis

Daun pisang untuk membungkus
Tali dan lidi

Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.  Angkat dan bahagikan tumisan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dicampurkan dengan daun ubi dan daun limau purut, Gaul hingga rata.
Satu bahagian lagi di lumurkan pada ayam hingga rata.
Sumbat tumisan daun ubi ke dalam rongga ayam hingga padat.  Semat bahagian bawah dengan lidi supaya isinya tidak terkeluar.

Bungkus ayam dengan daun pisang dan ikat.

Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 25 minit.  Angkat dan sejukkan dahulu.
Keluarkan daun pisang dan panggang ayam tadi di dalam oven pada suhu 200C hingga masak.
Sajikan ayam dengan dibelah bersama isinya.

Ayam Betutu Bali

Friday, August 11, 2017

Nasi Kunyit


Nasi Kunyit

Bahan-Bahan
3 pot beras Basmathi
3 cawan air
1 cawan susu sejat atau santan pekat
1 batang serai - di ketuk
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 helai daun pandan - simpul
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar minyak sapi atau minyak masak

Pelengkap Nasi Kunyit
Telur dadar, hiris
Ayam goreng / Ayam panggang
Sambal tumis tempe atau kentang
Sambal Ikan Bilis

Penyediaan :

  1. Cuci beras hingga bersih.  Rendam 1/2 jam dan toskan.
  2. Jika menggunakan beras biasa tidak perlu di rendam.
  3. Panaskan minyak, tumis serai, daun pandan, bawang merah dan putih hingga naik bau.
  4. Masukkan beras yang di tos,  Gaul hingga air mengering,
  5. Alihkan ke dalam periuk nasi letrik, masukkan air, susu, garam dan serbuk kunyit.   Kacau rata,
  6. On periuk nasi.  Setelah masak, gemburkan nasi dengan garfu supaya nasi tidak patah.
  7. Hidang dengan lauk kegemaran.


Nasi Kunyit

Wednesday, August 9, 2017

Apam Balik Pandan


Apam Balik Pandan

Bahan Adunan Pandan
400 gm tepung gandum
450 ml air jus pandan (4 helai daun pandan kisar dengan 500ml air, tapis)
80 gm gula pasir
2 biji telur
1 sudu kecil ragi segera
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil pandan pes

Inti
Gula pasir
Kacang tanah kisar secukupnya
Jagung atau jagung cream dalam tin
Parutan keju
Susu pekat manis
Mentega

Penyediaan :
  1. Satukan bahan adunan, kacau dengan whisk hingga rata.
  2. Masukkan ke dalam bekas, tutup dengan plastik dan rehatkan selama 1 jam.
  3. Panaskan kuali tebal, sapu tipis dengan sedikit mentega.
  4. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan.
  5. Masak dengan api perlahan, bila adunan mula berbuih dan hampir kering, tabur dengan gula pasir secukupnya.
  6. Bila permukaan adunan telah kering, letak sedikit mentega di atasnya, taburan kacang dan keju parut.
  7. Angkat dan tuang susu pekat manis jika suka manis.
  8. Lipat dua, sapu mentega di permukaan apam supaya nampak berkilat.


Apam Balik Pandan

Jus Apple Cameron dan Nenas


Jus Apple Cameron dan Nenas

Bahan-bahan
8 biji Apple Cameron (Melon Pear Pepino) purple dan gold
3 hiris nenas

Kisar menggunakan slow juicer, boleh di minum begitu saja atau jika suka manis boleh di tambah gula atau susu pekat.

Apple Cameron ini tiada rasa tapi ada sedikit aroma yang wangi, sesuai di campur dengan apa saja buah-buahan lain yang mempunyai rasa masam atau manis.

Jus Apple Cameron dan Nenas

Biskut Gambang / Roti Gambang


Biskut Gambang / Roti Gambang

Bahan A
125 gm gula perang
90 ml air
Masak hingga gula larut, biarkan sejuk

Bahan B
180 gm tepung gandum
60 gm serbuk roti (bread crumbs)
1 sudu besar tepung susu
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon powder)
1 kuning telur, pukul ringan
50 gm mentega cair

Sapuan
Air dan bijan putih

Penyediaan :
Satukan bahan B kecuali kuning telur dan mentega.  Gaul rata,
Buat lubang di tengah, tuang kuning telur dan mentega cair.
Gaul dengan tangan kemudian tuang bahan A sedikit-sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
Tutup doh dengan plastik dan rehatkan selama 20 minit supaya senang menguli.

Uli doh, bentukkan bujur memanjang.  Letak di atas loyang yang di alas baking paper.

Spray permukaan doh dengan air dan tabur dengan bijan.
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Keluarkan dari oven dan biarkan doh sejuk selama 25-30 minit.

Kemudian hiris setebal 1 cm menggunakan pisau roti bergerigi.  Kemudian bakar semula selama 15 minit hingga garing.

Tekstur biskut gambang atau roti gambang ini seperti Biscotti dan di cicah bersama kopi atau teh.

Nota :  Untuk tekstur yang lebih lembut seperti roti,  guna resipi yang sama dengan menambah mentega cair ke 100 ml, rehatkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Bentukkan doh membujur, jangan di leperkan.  Bakar selama 30 minit pada suhu 150C.
Biskut Gambang / Roti Gambang

Tuesday, August 8, 2017

Biskut Rocky Road


Biskut Rocky Road
Resipi :  Chef Zam
di cuba oleh K1

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan (250 g) cokelat masakan (dark)
1/2 cawan (100 g) mentega (unsalted)
2 sudu besar golden syrup
150 g pretzels- dipatah-patahkan
100 g mini marshmallow
� cawan (50 g) badam- dicincang kasar
1/3 cawan (50 g) buah ceri kering

Kaedah:
  1. Sapu mentega dan alaskan acuan empar segi dengan kertas minyak.
  2. Cairkan cokelat, mentega dan golden syrup dalam mangkuk yang diletakkan di atas periuk didihan air (double boil). Kemudian sejukkan sehingga pada suhu bilik.
  3. Masukkan pretzels, marshmallow, badam dan buah ceri dan gaulkan bersama adunan cokelat sehingga sebati.
  4. Alihkan ke dalam acuan, tekan dan ratakan. Sejukkan selama 2 jam. Potong mengikut saiz pilihan anda.

Biskut Rocky Road

Monday, August 7, 2017

Daging Masak Hitam Sarawak


Resepi : Daging Masak Hitam Sarawak
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan
700 gram daging bahagian peha - potong nipis - bilas dan toskan

Bahan A -  Perap
2 labu bawang merah besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 batang serai - hiris
7 biji buah prune
3 sudu besar kismis
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin atau garam
3 sudu besar tomato puri atau tomato sos
2 sudu besar parutan gula melaka
1 cawan susu cair

Kisar semua bahan-bahan di atas hingga halus, gaul bersama daging.  Perap semalaman di dalam peti sejuk.

Bahan B - Tumis
3 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah - hiris nipis
3 sudu besar cili kering kisar jika suka pedas

Cara-cara :
  1. Panaskan  minyak sapi dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan bahan yang diperap. Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
  4. Hidang bersama nasi putih atau nasi minyak.
Daging Masak Hitam Sarawak

Nasi Minyak Oren


Nasi Minyak Oren

Bahan-bahan
3 cawan beras Basmati
3 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
1 cawan susu cair / susu sejat
3 cawan air
3 sudu besar jus oren sunquick
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Sedikit pewarna oren - jika suka

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus
2 cm halia, ketuk dan cincang
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil buah pelaga
3 helai daun pandan, simpul

Hiasan :  Bawang goreng, daun ketumbar, gajus goreng, kismis

Penyediaan :
  1. Cuci beras hingga bersih.  Rendam selama 1/2 jam.  Kemudian toskan.
  2. Dalam kuali kecil, panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan rempah kasar dan daun pandan, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang di toskan dan kacau rata selama 5 minit.
  4. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi letrik, masukkan susu sejat, air, jus oren, garam, gula dan daun ketumbar.  Gaul rata,
  5. Masak seperti biasa.  Apabila nasi telah masak, gemburkan nasi menggunakan garpu perlahan-lahan supaya nasi tidak patah,
  6. Tabur bawang goreng, kismis dan gajus goreng.
  7. Sedia di hidang bersama kuah kari, kerutup atau kurma.
  8. Nasi Minyak Oren

Saturday, August 5, 2017

Ulaman Masak Tempoyak


Ulaman Masak Tempoyak

Bahan-bahan
1 mangkuk pucuk ubi
1 mangkuk pucuk paku
1 mangkuk terung pipit
1 mangkuk petai
5 helai daun kunyit muda
5 sudu besar tempoyak
2 mangkuk santan pekat
segengam ikan bilis, cuci dan tumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa

Pucuk ubi, pucuk paku, daun kunyit buang tangkai dan di hiris halus, cuci dan toskan.
Ulaman lain yang boleh di gunakan :  Pucuk labu, daun kadok

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi hijau dan merah
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Hiris semua bahan dan kisar dengan sedikit santan hingga halus.

Cara-cara :

  1. Jerang santan, bahan kisar dan tempoyak hingga mendidih.  Masukkan ikan bilis.
  2. Kemudian masukkan terung pipit dan petai.  Biar sebentar hingga terung dan petai lembut.
  3. Masukkan pucuk paku, pucuk ubi dan daun kunyit.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Reneh dengan api kecil hingga kuah hampir pekat


Ulaman Masak Tempoyak

Kari Kambing


Kari Kambing
Sumber : kakinakl.com

Bahan-bahan
1kg daging kambing, potong kecil
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas

Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
  2. Masukkan pulak daging kambing yang telah di perap dan kacau sebentar.
  3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
  4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
  5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
  6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
  7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.
  8. Hidang bersama nasi minyak, briyani atau nasi putih.

Kari Kambing