Daging Masak Kicap
Resipi : Chef Joha Hassan
Di cuba oleh Kak Wan
Bahan-bahan
1kg Daging Kambing / Lembu dihiris
sedikit garam
2 sudu besar lada hitam- ditumbuk
Gaulkan daging bersama garam secukup rasa dan lada hitam, goreng sebentar, Ketepikan.
Bahan Kisar
1 1/2 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inch halia
6 biji cili api
Bahan Rempah Kasar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
4 sudu besar minyak masak
Bahan Rempah Halus
1/2 sudu teh serbuk masala
1/2 sudu teh serbuk Jintan manis
Bahan Kuah
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 cawan air
1/2 cawan kicap manis.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 batang carrot - potong bulat
Tomato cherry jika suka
Bawang goreng untuk taburan
Cara-cara :
- Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, rempah halus dan rempah kasar. Bila rempah mula bangkit masukan daging hiris, tuangkan air dan kicap manis.
- Masukkan sos tomato sedikit dan biarkan ia masak dengan api sederhana. Biarkan ia masak dalam 10 minit.
- Masukkan carrot, tutup periuk dengan penutup. Renehkan sebentar,
- Perasakan kuahnya dengan garam dan gula. Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit.
- Akhir sekali, masukkan ubi kentang goreng. Gaulkan bersama kuah.
- Taburkan bawang goreng. Angkat dan sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.
Daging Masak Kicap
No comments:
Post a Comment