Monday, August 21, 2017

Tofu Lembut Sos Tiram


Tofu Lembut Sos Tiram
Sumber :  Pn Zuraidah Ismail

Bahan-bahan
2 blok Tofu lembut
4 ulas Bawang puteh, cincang
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu kecil Minyak bijan
1/2 sudu besar kicap hitam
Garam dan gula
1 cawan air
Tepung jagung di bancuh sedikit air

Bahan hiasan
2 biji Tomato, di potong
1 biji capsicum hijau
Cili merah jika suka
Daun bawang, di hiris
Bawang goreng

Penyediaan :
  1. Kukus tofu selama 15 minit.  Angkat dan keluarkan airnya.  Potong 4
  2. Sementara itu, tumis bawang putih hingga keperangan,
  3. Masukkan air, sos tiram, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa.  Tambah sedikit kicap hitam untuk mencantikkan kuah.
  4. Bila kuah telah mendidih, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Biarkan sebentar, masukkan tomato dan capsicum.
  6. Tuang kuahnya ke atas tofu, tabur daun bawang dan bawang goreng.


Tofu Lembut Sos Tiram

No comments:

Post a Comment