Monday, August 28, 2017

Pengat Labu


Pengat Labu

Bahan-bahan
1/2 biji labu, potong saiz sederhana
1 1/2 cawan air
400 ml santan kotak
2 sudu besar sagu mata ikan, cuci dan toskan
1/2 ketul gula melaka, racik halus atau gula perang
2 sudu besar gula pasir atau lebih ikut kemanisan
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan, di simpul

Penyediaan :
  1. Kukus labu dengan api besar selama 10 minit hingga masak.
  2. Dalam periuk, satukan air, daun pandan, gula melaka dan gula.  Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan sagu, biar seketika sehingga sagu menjadi jernih.
  5. Akhir sekali masukkan labu kukus dan sedikit garam.
  6. Biarkan mendidih sebentar.  Angkat dan hidangkan.


Pengat Labu

No comments:

Post a Comment