Monday, August 7, 2017

Nasi Minyak Oren


Nasi Minyak Oren

Bahan-bahan
3 cawan beras Basmati
3 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
1 cawan susu cair / susu sejat
3 cawan air
3 sudu besar jus oren sunquick
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Sedikit pewarna oren - jika suka

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus
2 cm halia, ketuk dan cincang
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil buah pelaga
3 helai daun pandan, simpul

Hiasan :  Bawang goreng, daun ketumbar, gajus goreng, kismis

Penyediaan :
  1. Cuci beras hingga bersih.  Rendam selama 1/2 jam.  Kemudian toskan.
  2. Dalam kuali kecil, panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan rempah kasar dan daun pandan, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang di toskan dan kacau rata selama 5 minit.
  4. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi letrik, masukkan susu sejat, air, jus oren, garam, gula dan daun ketumbar.  Gaul rata,
  5. Masak seperti biasa.  Apabila nasi telah masak, gemburkan nasi menggunakan garpu perlahan-lahan supaya nasi tidak patah,
  6. Tabur bawang goreng, kismis dan gajus goreng.
  7. Sedia di hidang bersama kuah kari, kerutup atau kurma.
  8. Nasi Minyak Oren

No comments:

Post a Comment